Monday, October 18, 2010

PELANCARAN almusics

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan lafaz bismiLlah, PENULIS melancarkan blog almusics (blog bersekutu dengan almovies) yang telah berjaya diwujudkan pada tanggal 10 Dzulkaedah 1431 Hijrah bersamaan dengan 18 Oktober 2010 pada waktu 10:02 malam.Moga menjadi manfaat buat diri PENULIS dan pengunjung sekalian. InsyaAllah blog ini akan dirasmikan oleh ayahanda PENULIS dikesempatan yang akan datang.

Blog ini didedikasikan buat ibunda dan ayahanda tercinta; adik-adik yang disayangi: Adak, Anie, Ana dan Adik Mai; rakan taulan yang banyak memberi dorongan secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada semua keluarga angkat di Sabah dan seluruh warga kampus Universiti Malaysia Sabah yang mengenali diri PENULIS, rakan-rakan di facebook dan kepada seluruh ummat Islam yang masih tetap teguh istiqamah di dalam menjaga akidah yang murni, ibadah yang suci  yang jauh dari  segala perkara bid'ah dan khurafat serta ikhlas kepada Allah SWT.

Moga kalian menjadi saksi akan usaha PENULIS yang sedikit ini. Semua hanya dikembalikan pada Allah Azza wa Jalla.

                                                           'IbadurRahman,

albarrak
 (MOHD ALBARRAK BIN MOHD YUSOF)






No comments:

Post a Comment